Saturday, April 10, 2010

at last..cita2 tercapai...nak jadi cikgu Fizik

Dulu masa time skolah dulu aku suke sangat belajar Fizik..sebab aku suke sangat Cikgu Fizik aku tu..Pn. Zainab namanye...so aku pon bercita2 someday nak jadi cikgu Fizik..sebab ape??sebab rasa2nye kalau nama cikgu fizik tu, grand sikit la kan dari cikgu BM..SEJ..Sains..sebab nama pun dagh Fizik kan??kan??

So, aku pon further study in physic start dari Matrix lagi..maklumlah, aku mane ade amik BIO...kalau bbab2 BIO ni aku biol sketla..dan di peringkat Ijazah pun aku sambung bahagian FIZIK gak..majoring in physics..u know, betapa seksanya bila ambik major physics ni...Allah je yang tahu..sbb tu lah pointer pon sorok2 je..bukan untuk tatapan orang ramai..;p
Dan, bila first year aku posting aku diamanahkan untuk mengjar sains sahaja..jadi x dapatla title cikgu Fizik tuh..dan yg membebankan aku sedikit sebab ngajar Sains Form 3 (budak2 periksa) dan emm,aku kureng skjet bab2 biologi ni...mmg xleh nak explain pnjg2..kdg2 kelentong pun ade...;p

Second Year barulah aku diberi kepercayaan untuk mengajar Fizik...namun berat juga di hati kerana setelah setahun lebih meninggalkan Fizik, otak mula berkarat..Formula2 pun emtah ke mana, aplikasi pun berterabor..entah boleh ke x, namun apakan daya..tugas harus dilaksanakan jua..nampaknya kenalah bukak balik buku tebal tu..The Principle of Physics...u know what...dalam banyak2 tajuk, aku paling x suke mechanic...benci2...;p

To my first batch Physics students...welcome to Physics Lesson..kalau mcm x best tu gtaw la cikgu..takut syok sendiri jer...;p

Apakah itu Fizik? (rujukan : laman Fizik Sekolah Menengah -www.myfuyoo.com/fizik/)

Fizik ialah satu cabang sains yang menkaji fenomena-fenomena alam di sekeliling kita. Fenomena alam ialah kejadian semulajadi yang dapat diperhatikan melalui pelbagai deria manusia. Contoh fenomena alam ialah panjang bayang-bayang berubah dari pagi hingga petang, pelangi mempunyai tujuh warna, melihat kilat terlebih dahulu sebelum guruh, gerhana matahari dan bulan dan sebagainya. Semua ini dapat diterangkan dengan ilmu fizik.

Fizik merupakan kajian tentang struktur dan sifat benda yang amat besar seperti bintang di cakerawala dan benda yang amat seni seperti elektron dan proton dalam atom dan molekul.
Fizik juga banyak mempengaruhi kehidupan harian kita. Sistem komunikasi yang canggih telah membolehkan kita berhubung antara satu sama lain pada bila-bila masa di mana-mana tempat. Pelbagai jenis tenaga juga membolehkan banyak fenomena dan aktiviti kehidupan harian dilaksanakan.

Perkataan fizik berasalkan daripada perkataan Yunani "Physikos" yang bermakna alam semesta. Segala penerokaan dan pemerhatian tentang fenomena alam semulajadi yang merupakan ciptaan Tuhan adalah termasuk dalam skop kajian fizik. Penyelidikan tentang fenomena fenomena alam telah mendorong manusia mencipta pelbagai bahan dan alat yang baru untuk meningkatkan keselesaan kehidupan manusia. Misalnya ciptaan komputer, telefon bimbit, televisyen telah banyak mempengaruhi kehidupan manusia.

Kehidupan harian yang berkaitan dengan fenomena fizik adalah seperti seseorang sukar berjalan di atas lantai yang licin, telefon bimbit boleh berfungsi tanpa wayar, pembesar suara boleh mengeluarkan bunyi yang kuat, manusia akan terpelanting ke hadapan apabila basikal yang ditunggangnya terlanggar halangan.

Pada asasnya, fizik merupakan kajian untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan 'mengapa' dan 'bagaimana' tentang fenomena alam dan kejadian kehidupan harian. Kebanyakkan fenomena alam dan kejadian kehidupan harian dapat diterangkan dengan konsep fizik.