Saturday, August 29, 2009

KECANTIKAN LELAKI & KEGAGAHAN WANITA

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murnirohani.

Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang baik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan YangAda pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...

Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang w anita bukan kepada pejal otot badan, tetapi padakekuatan perasaan.

Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.Sabda Rasulullah SAW:"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, makasesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

WallahualamOrang yg baik adalah org yg pernah melakukan kesalahan & belajar dari kesalahan itu untuk menjadi org yg lebih baik.... SaLaM sAyaNg

Friday, August 28, 2009

cuti da nak habis....

waa....2 hari lagi dah nak keja...kena g skolah balik....uhu...pastu kena speed up gear 5...budak2 nak exam PMR...cuti yang diberi 10 hari...tapi X sempat nak update blog...wah..betapa sibuknya diri ku ini.
emm, namun begitu, minit mesyuarat yg patut aku siapkan x siap2 pun...hairan gak..pesal ek??ape lagi, malas nak watlah tu..khabarnya pas cuti ni GK sains baru...dah tukar..bukan k.sal lagi..takutnyer..kalau dia x spoting cam k.sal cemane??
pastu,bila kau dah siap tanda paper trial bebudak aku, emmm ade 50org fail...uhu, bava what to do???pening den memikirkan..gmane nak meluluskan diri mereka ini....well, what else??latih tubi lah...bertubi2lah aku lekuk diorag ni....smpai boleh ...insyaallah...pray for me ya!!!!

Friday, August 21, 2009

ahlan Wasahlan ya Ramadhan...2009

selamat datang bulan Ramahan....pejam celik..pejam celik, dah tiba ramadhan tahun ini..hehe..x lama lagi raya lah...opps...baru nak pose dah ingat raye???bad girl...hihi...bila bulan pose ni, aku teringat suasana berpose kat USM dlu...best....tahun ni pose kat umah..bukan ape..aku ni pemalas lah nak masak...esp. sahur..kalau dlu beli je..kali ni, xkan nak beli..sah2 mak aku x bagi..suruh masak jgak...dan untuk hari pertama....aku x tlong pon mak aku masak..huhu...dah bagaitau kan..aku ni bukan rajin sangat...hehehe...hope, pose kali ni aku xla lembik sangat depan budak2 smai tuh...nak wat pecutan gear 5 ni...coz diorg nak exam PMR pas raya...hope this Ramadhan is better than last Ramadhan dari segi kualiti amal ibadat ku...Moga segala amalan ku Dterima...moga aku menjadi lebih bermoral...hehe..maklumlah guru p.moral gak...
To my FRENS...Happy Ramadhan...rebutlah segala kebaikan yang ada di bulan ini.....insyaallah..

Monday, August 17, 2009

budak yang x insaf ni dah pon dibuang sekolah...hooray

bukanlah aku jahat sangat nak gembira bila si zabidi tu dibuang sekolah..tapi memang patutpun...memang susah nak dibentuk..x makan saman lagsung..even ibu dia pon give up..hehe..ape2 pun semua orang hapy dia dinyahkan dari bumi Smai tu...alhamdulillah..

Tuesday, August 11, 2009

X INSAF PON...............

hari ini kita bercakap tentang insaf...ape pengertian insaf?..bukankah insaf bermakna berubah dan berazam serta berusaha tidak melakukan kesalahan yang sama lagi??...tapi...aku tak nampak pon ciri2 keinsafan ini pada budak kelas aku yang bernama Zabidi Zakaria nih...kalau dulu aku dah post kat blog ni pasal mak dia nangis2 merayu kat skolah supaya tak buang anak dia, dan dia pun berjanji tak ponteng lagi dan buat kes, tapi hari ini segalanya terurai kembali....kerana hari ini genaplah 9 hari dia ponteng sekolah...dan yang sangat2 menyedihkan..hari ini dan semalam merupakan hari peperiksaan percubaan PMR 2009...sebagai guru yng prihatin, aku pon menelefon ibu nya dan bertanya kenapa dia x datang..rupe2 nye ibu dia pun terkejut...ibunya memberitahu bahawa dia telah pergi kesekolah...well..nak cakap ape lagi..maksudnye dah 9 hari dia menipu mak dia...entahla bidi..tanggunglah sendiri....dan...yang x bestnye..pada hari pertama peperiksaan percubaan..imej aku sebagai guru kelas telah dimalukan oleh budak2 aku...8 orang budak kelas aku x datang..kira terbanyaklah..nilam pun x banyak cam mutiara..haha..yang paling x best, bila pengetua pandang semacam jer...well, is it my fault???.....tepuk dada tanya iman..