Tuesday, August 11, 2009

X INSAF PON...............

hari ini kita bercakap tentang insaf...ape pengertian insaf?..bukankah insaf bermakna berubah dan berazam serta berusaha tidak melakukan kesalahan yang sama lagi??...tapi...aku tak nampak pon ciri2 keinsafan ini pada budak kelas aku yang bernama Zabidi Zakaria nih...kalau dulu aku dah post kat blog ni pasal mak dia nangis2 merayu kat skolah supaya tak buang anak dia, dan dia pun berjanji tak ponteng lagi dan buat kes, tapi hari ini segalanya terurai kembali....kerana hari ini genaplah 9 hari dia ponteng sekolah...dan yang sangat2 menyedihkan..hari ini dan semalam merupakan hari peperiksaan percubaan PMR 2009...sebagai guru yng prihatin, aku pon menelefon ibu nya dan bertanya kenapa dia x datang..rupe2 nye ibu dia pun terkejut...ibunya memberitahu bahawa dia telah pergi kesekolah...well..nak cakap ape lagi..maksudnye dah 9 hari dia menipu mak dia...entahla bidi..tanggunglah sendiri....dan...yang x bestnye..pada hari pertama peperiksaan percubaan..imej aku sebagai guru kelas telah dimalukan oleh budak2 aku...8 orang budak kelas aku x datang..kira terbanyaklah..nilam pun x banyak cam mutiara..haha..yang paling x best, bila pengetua pandang semacam jer...well, is it my fault???.....tepuk dada tanya iman..

No comments:

Post a Comment